The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, December 9, 2009

Lelaki oh Lelaki


hurmmm…..seorang lelaki sngat mudah untuk membuat kesimpulan. mereka suka sekali membuat kesimpulan tanpa berfikir..kenapa ek? mereka suka melihat seseorang perempuan itu hanya pada lapisan luar yg perempuan itu cuba tonjolkan..jarang-jarang..atau lebih tepat hanya yg terkecuali sahaja yg melihat apa yg tersirat. sedangkan bg seorang perempuan kekadang apa yg sering ditonjolkan bukan yg sebenar..mereka cuba sedaya upaya agar si lelaki itu selesa dan menyukai mereka.

DC 1: pertemuan


arghhhhhhh!!!!!...sekuat hati aku melaungkan rasa yang berbuku dihati pada lautan tasik yang terbentang dimata..hanya disini aku dapat bersendiri begini untuk menyatakan rasa tidak puas hati yang membelenggu hatiku…keadaan sekeliling memang aku sudah tidak kisah..cuaca dingin malam juga tidak mampu menyejukkan hatiku…tuduhan yang dilemparkan keatas aku petang tadi masih lagi tergiang-giang dikepalaku. ahh…sanggup mereka menuduh aku begitu. apa salahnya kalu aku Cuma menyatakan pendapatku..kalu aku..ah memang tak guna..rumput..batu..ranting kayu dan ntah apa2 lagi yg berada dihadapan aku semuanya telah selamat ditendang masuk ke tasik yg aman damai itu. tetiba…ntah dimana silapnya aku tersadung kaki..aku cuba mengimbangkan diri tetapi…


“aaarr…” Debuk..debushh!!!cinabeng punya batu..aku pulak yg terhumban dalam tasik ni..

mcm mn ni…dalam gak tasik ni..bila aku nak terapung balik ni…aku tak nak mati mcm ni…aku nk hidup..aku nk hidup...tak nak mati dalam tasik busuk ni...


maka dengan segala tenaga yg ada aku cuba untuk mengapungkan diri.dan akhirnya aku Berjaya…yea!!dan sekarang misi aku adalah untuk berenang ketepian…alamak..kenapa kaki aku…CRAMP…

“tolong!!...tolong!!”

akhirnya dengan takdir ALLAH s.w.t. aku diselamatkan oleh seorang jejaka yg kebetulan berada berhampiran. nasib baik dia ada..kalu tak..hish..nauzubillah…mintak dijauhkan…

“cik kalu ea pon nk bunuh diri..jangan la nk terjun kat tasik busuk ni…nnti”berceramah plak mamat ni…ikhlas tak nak tolong aku ni.

“elo sapa yg nak bunuh diri ni…huk..huk”aku berhenti sekejap melepaskan lelah yg menyesak didada.

“jgn main sebarang ckp…aku terjatuh la..bukan bunuh diri”

“hish pompuan ni…kalu yea pon ckp la elok2…dah la pnt tau sy selamatkan awk…terima kasih pun awk belum ucp tau…”

huk..huk…aku cuba untuk bangun..tetapi kaki aku masih belum mampu untuk berdiri..dan sekali lagi mamat yg baik ati tu menjadi mangsa aku.. tetapi kebetulan dia juga masih belum seimbang sepenuhnya menyebabkan…

debuk!!

2 buah nangka busuk jatuh..memang tak cun langsung..tapi apsal berat sangat ni..dan aku dapat rasakan haba nafas yang panas di pipiku yg kesejukkan.. arrr…TIDAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKK!!!

Thursday, November 19, 2009

C.R.Y.

Never Cry For Any Relation In Life
Because For The One Who You Cry
Does Not Deserve Your tears
And The One Who Deserves will Never let you cry

Kugan

Tuesday, November 3, 2009

OH HaPPy DaY!!!


Oh happy day aku telah dirosakkan oleh mamat yg tak tau adat...sesuka ati ja datang menjengah mintak bantuan. kalu mintak elok2 ok gak..ni main serbu ja...hishhh tak suka....tp tak guna gak ckp ngan dia..sbb dia jenis susah nak phm...even guna bahasa dia(pndai ke aku nak ckp hindustan...termenung mata ke atas..

dah ilang abis dh mood aku yg aku kumpul sejak pagi td...punya la spoil....x smpt abis 1 paper pon lagi aku baca ni...ini tak boleh jadi...concentrate...fokus...hapuskan muka mamat tu.....focus on zirconia and XRd ku sayang ja...jgn ingat statistica...syuhh..syuhh...p la statistica main jauh2...

Monday, November 2, 2009

NOveL oh NoveL


ari minggu ari tu aku mulakan balik hobi lama aku iaitu baca novel...dah lama gak la ku tak baca novel..ada la 2-3 bulan..biasa aku baca dr internet ja..so..amek masa sekejap ja..bila bc buku novel..confirm...malam mesti tak tito selagi tak abis..hehe...

alkisahnya aku g library ari rabu lepas..pinjam buku pasal catalyst..tp alang2 dh p..singgah jap kat bahagian kreatif..punyala banyak buku2 citer melayu & inggeris..sampai susah aku nak membuat pilihan...dah la aku ni suka ja baca buku genre apa...sumenya bedal ja..pilih punya pilih aku ternampak la buku labyrinth hasil karya imaen terbitan jemari seni...emmm..nak ke tak nak...ari tu aku baca bohemian tak best snagat..kurang dramatik sikit...housemate aku sume surrender tak leh baca buku dia..ye la bahasa dia sangat..apa ni..nak kata sastera..boleh gak kot...tp yg pasti bukan berbunga2...dia terlalu bermetafora yg kekadang kedegaran seperti sinikal skit..but ...i like it...

so aku pown decide la..pilih buku ni satu..pastu ada la buku cerita budak2...my secret dan cinta ubi dan laksa...kedua2 cireta ni pon ok gak cuma bahasanya memang standard SPM..ikut piawai...bagus untuk budak2...agar tak merosakkan bahasa...

bebalik cerita labyrinth td..mula2 aku baca...memang lain dari bohemian...seorang pakar linguistik dan detektif bahagian khas menjadi watak utama didalam cerita ini. kedua2 lelaki yg berasal dr negeri yg sama boleh menjadi rapat dgn hanya sekejap cuma. mereka berusaha untuk menyelesaikan satu kes pembunuhan bersiri, yg dilakukan oleh seorang lelaki yang mengalami masalah mental hasil deraan ibjavascript:void(0)ubapanya semasa kecil. perjalanan cerita ini tersusun..permulaan...klimak..peleraian..tp seperti ada kekurangan garam sedikit...mungkin disebabkan setiap kali aku membaca metaforanya.aku cuba membayangkan siapakah dan apa yg digambarkan oleh penulis.selain itu pada kemuncaknya..debaran tidak aku rasai sepenuhnya seperti ketika aku membca novel triller yg lain..

walau apapun..aku tetap seperti sudah jaruh hati pada penulisan imaen..dan aku berharap agar dia lebih berusaha memasukkan dramatik dalam setiap novelnya...