The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Saturday, July 28, 2012

KEKUATAN ISLAM

Sepanjang seminggu berjemaah kat masjid tuk sembahyang terawih ni, aku terasa betapa kuat dan ramainya muslimin dan muslimat. Betapa beruntungnya menjadi umat Islam. Tanpa mengira warna kulit, bangsa, tinggi rendah, warganegara, status, bahasa, mereka berkumpul tanpa perlu dipaksa, tanpa perlu dijemput, tanpa perlu dikerah, tanpa perlu menyatakan slogan 1 Malaysia, janji ditepati, mereka berlumba-lumba datang ke masjid untuk sujud kepada yang maha Esa. Dengan tujuan yang satu, beribadah kepada Allah swt.

Cuba bayangkan, ini baru di sebuah masjid, kat Malaysia ni ada beratus mungkin beribu masjid dan surai, betapa ramainya umat Islam. Ini baru di sebuah negara, kat dunia ni ada beratus negara, dan di setiap negara ada orang Islam, majoriti atau minoriti itu bukan soalnya. Umat Islam ni, walau sejahil mana pun mereka, bila soal mengumpul pahala dan berusaha untuk masuk syurga itu adalah perkara yang paling di ingini. Cuma dunia sekarang, terlalu banyak ganguan..hehe...

Inilah yang paling di takuti oleh orang lain terutama orang kristian, kekuatan umat Islam yang percaya pada Allah, yang percaya pada malaikat, percaya kepada Al-quran, yang percaya kepada rasul, yang percaya pada hari kiamat dan yang percaya pada Qada' dan Qadar tanpa sebarang keraguan. kepercayaan mereka adalah mutlak. Itulah umat Islam yang paling digeruni oleh mereka. Itulah kekuatan Islam, itulah keistimewaan Islam, agama yang sempurna.

Maaf aku mohon sekiranya ada kesilapan dalam penulisan aku kali ini, aku perlu memohon maaf kerana ini berkaitan dengan agama, aku bukanlah alim, aku juga seolah2 baru tersedar akan nikmat yang Allah kurniakan kepada aku, lahir sebagai umat Islam, dilahirkan dan dibesarkan dengan didikan Islam, bukan calang2, keluargaku terkenal (dikawasan aku la) dengan keimanannya, atuk saudara iman, atuk iman, beberapa orang bapa saudara pun ada yang jadi imam, ada yang jadi ustazah, dan paling penting abahku imam yang disegani oleh kawasan aku, malah mungkin jugak negeriku, sbb ceramahnya pernah beberapa kali keluar radio, walaupun begitu, x da la sampai nak pakai purdah, berjubah dan berkopiah sepanjang masa, hihihi. Cara hidup pun macam orang2 lain jugak. Abah aku walaupun begitu, selalu kena tegur dengan ma aku tentang dia berpakaian, sebab kekadang orang x kan leh nk agak dia ustaz. Malah personalitinya juga. Kenapa begitu? sbb dia pernah terangkan kat aku, tp aku x ingat yg panjang lebarnya, yang aku ingat cuma rasullah juga begitu, ketika berperang rasullah akan jadi pahlawan yang hebat, bukan lagi pendakwah. maksudnya, sebagai pendakwah x semestinya kita perlu berkopiah atau berserban sj. yang penting bagaimana untuk menyampaikan dakwah itu, lebih kurang macam tu la maksudnya kot...wallahuallam..opps...ak telah tersasar dr tujuan asalku...tapi itu la, iman x dpt diwarisi...


bebalik pada topik asal tadi, konklusinya, sekiranya anda beragama Islam, percayalah anda sangat2 bertuah. Peganglah. Carilah pengertian Islam itu, cari lah rahsia dalam keislaman itu, carilah kemanisan Islam itu, carilah.. carilah...ada akan berjumpa akan segala jawapan akan persoalan yang terdetik dalam benak anda...dan sekiranya anda bukan...dan terbaca penulisan saya yang merapu ni...anda pasti tertanya kenapa saya berasa sangat beruntung dan berbangga menjadi umat Islam.. ada carilah jawapan bermula dengan surah Al-fatihah









 

No comments: