The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Tuesday, May 11, 2010

HARI IBU VS HARI JADI


tahun ni, ari ibu sedunia betul2 jatuh pada birthday ma aku y ke 51. sudah lebih separuh abad beliau menjalani kehidupan ini dan sudah hampir 30thn beliau bergelar "ma" untuk 6 orang cahaya matanya, dan kini telah lebih sebulan beliau bergelar nenek pada cucu tunggalnya. Telah banyak keringat bakti dan air matanya tumpah kerana melayan karenah anak2nya yg bermacam ragam dari alam rahim sehingga sekarang, dan mungkin smpi bila2. MA cumalah suri rumahtangga sepenuh masa yg sentiasa menjaga makan pakai anak2 dan suaminya, yang membuat rumah kami riuh rendah dengan bebelannya namun beliau sngt aku kagumi. Dan aku sangat2 bersyukur kerana aku mempunyai ibu seperti Ma. Ma suka membebel...sangat2...segala-galanya boleh memjadi modal untuk bebelannya...dr bunyi kokokan ayam dirumah sebelah hinggalah deruan angin dihujung jalan. semuanya..walaupun mata tertutup (tido) telinganya pantang dgr bunyi yg mengganggu, pastinya mulutnya akan berbunyi. tp itu dulu, masa beliau kelelahan menjaga 5 anaknya yg sedang membesar (sorang lg masih belum wujud). tp kini beliau sudah kurang membebel, mungkin kerana kami semua berada di rantau orang.Atau mungkin kerana kami sudah mampu berdiri sendiri, dan mampu berfikir yg mana betul dan salah. Apa apa pun, kekadang aku merindui bebelannya y bnyk mengajar aku akan erti hidup, macam mn nk bersosial, berpakaian, berfesyen, memilih makanan yg elok dan sedap. pastinya setiap kali aku mempunyai kekeliruan, bebelan Ma dulu2 tergiang2 difikiranku, yang membantu aku memilih yg terbaik. kini baru aku sedar bahawa ma bukan saja2 membebel tp ma sedang mengajar kami, anak2 yg disayangi dan dikasihinya.TERIMA KASIH Ma !!!!

Friday, April 9, 2010

sabarlah duhai hati

semalam, reaktor aku ilang...ari ni methanol aku lak yg ilang....Ya AlLah!!! apa yang Kau mahu tunjukkan kepadaku...ku meminta izinMu untuk teruskan perjalanan ini..hanya sedikit masa sahaja lagi...Ya Allah!!sesungguh hanya padaMU aku serahkan segala2nya...qada dan qadarMu aku terima dan pasrah...sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yg lemah...aminnn

Monday, March 22, 2010

Monolog seorang aku: monolog 11


bismillahhirahmannirahhim.....

dengan lafaz yang maha pemurah lagi maha mengasihani..aku memohon kepadaMu ya Allah..kurniakanlah aku dengan kekuatan untuk melawan godaan duniawi ini...ya Allah, hanya kepadaMu aku memohon segala kebaikan dan jauhilah aku dari segala keburukkan...ya Allah...penuhilah jiwaku dengan cintaMu...bantulah aku mengenal cintaMu...sesungguhnya aku hanyalah insan yang kerdil dan lemah...yang tidak terlepas dari hasutan syaitan yang melalaikan..amin..

Saturday, March 13, 2010

biru ungu cinta, madu impian


satu lagi novel karya noor suraya yang bisa membuatku mengalirkan air mata selain nyanyian tangjung sepi..disaat seera disahkan menghidapi barah darah disitula saat yang paling sedih..lebih sedih dan pilu..apabila barahnya sudah pada peringkat terakhir…tergmbar dikepalaku betapa sedih seera spt keadaan eun soo yang tak bermaya..yg ingin menghabiskan sisa kehidupannya bersam insan2 yang dicintai. kenapa begitu berat ujian yang Allah berikan kepada seera..pertam kehilangan salah satu permata yang amat diagungkan oleh para wanita yang bakal bergelar ibu, kedua cintanya yang menggunug kepada Fattah yang juga mencintainya, ketika dipaksa untuk menerima lamaran kamal insan yg telah ditolaknya berkali2 dan terakhir sehingga meragut nyawanya barah darah peringkat akhir.tp nasib baik semua ini hanya cerita novel, yang memerlukan dramatic dan artistic, sekiranya benar2 seera ini wujud dalam dunia reality..aku tidak dapat bayangkan..malah aku tidak tahu samaada aku akan bersimpati dengannya atau kagum dengan ketabahannya.

madu impian matt romeo




arghhhhh!!murah sangatkah harga diri seorang perempuan..?
tidakkah mereka knl mksd dosa & pahala?
adakah kita sudah menjadi manusia yg tak bertamadun disbbkn kecanggihan teknologi?
apakah yg ada pada matt romeo itu sehingga ketiga2 mereka sanggup bermadu…?
tidakkkkkkkkkkk!!! aku x dpt terima semua ini..?
inilah yg dikatakan bukan sifat lelaki yg suka berfoya…tetapi sikap wanita yg suka menggoda..
adakah ini yg dikaatakan dunia akhir zaman..?
namun perkara seperti ini sudah berlaku sejak zaman zahilliyah lg…
susahnya Islam meninggikan martabat wanita pada kaca mata dunia pada zaman dahulu, tetapi pada zaman kini, yang belum pun mencecah 2000 tahun selepas hijrah wanita itu sendiri meletakkan maruah mereka serendah2 mungkin asal hawa dan nafsunya berjaya dipenuhi…
inikah dunia yang kita inginkan sekarang?