The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Tuesday, April 15, 2014

Masa Yang Terhenti

Aku menoleh kembali arkib post yang aku tulis di dalam blog ini. Ianya terhenti pada March 2013, dan post yang terbaru aku tulis adalah March 2014. SETAHUN....SETAHUN masa bagi aku terhenti dari kehidupanku yang normal kepada kehidupan yang penuh depression. Jatuh, bangkit, hilang, kecewa, bangkit, berjuang dan tewas.

ku kumpulkan sisa-sisa semangat yang masih berbaki untuk ku mencuba lagi

TRY AGAIN. It TIME TO fight. CATCH A FALLING STAR, EVEN THE TEAR ARE FALLING,GIRLS DON'T KNOW, I WISH, I HOPE, the MEMORY is CLING to me. it my own FREEDOM. because they ALWAYS BE MINE. the THEORY OF HAPPINESS is my MITAIKIN (that i dont' have experience yet) FUTURE . My PAPER PLANE can fly high even the on RAINING day because it have a WING. I CONFESS. YOU ARE MY LIFE in my BRAND NEW DAYS. OH OH OH  I' M HAPPY with this REVOLUTION. a BEAUTIFUL WORLD to me is a LIFE LIKE A MUSICAL, MUSIC LIFE  that have A SONG FOR YOU, THE ONE that i TREASURES. SO TODAY, I CHANGE FOR YOU, FRIENDS, so that our FRIENDSHIP will BOOM BOOM BOOM. and i feel SATISFACTION even we are DISTANCE.

Friday, March 28, 2014

doakan MH370

Dah hampir sebulan tragedi yang menyedihkan telah melanda Malaysia dan masyarakat disekeliling yang prihatin. Kehilangan pesawat MH370.

kejadian ini mengingatkan aku perasaan semasa aku pertama kali terbang ke London pada tahun lepas. Walaupun itu bukanlah penerbangan pertama aku,tapi itu la penerbangan pertama aku bersendirian. Sebelum ini aku berkumpulan, jadi mungkin debaran itu kurang terasa kerana ada rakan yang kita kenali dan percayai bersama. Tapi kali ini,aku berseorangan. Perasaannya sangat berbeza. Berdebar, gembira, takut, gementar, semua ada. Ntah la bagaimana rupa aku ketika itu. Dari check in hingga ke platform sangat memdebarkan. Melihatkan kapal terbang yang berbaris menanti giliran untuk berlepas umpama semut, tekanan semasa berlepas, getaran semasa menempuhi awan masih terasa dan mungkin x akan aku lupakan.
alhamdullilah, penerbangan yang lancar dan selamat telah aku lalui, aku x pasti sepanjang perjalanan adakah aku benar2dapat tidur dgn lena atau x, tapi semasa perjalanan balik aku tidur dgn lena haha..mungkin kepenatan seminggu meredah bandar London.
tapi yang paling aku rindu bila menaiki kapal terbang bila melihat diluar tingkap ketika matahari terbenam ataupun terbit. Sangat itu, segala perasaan takut hilang dan diganti dengan kekaguman terhadap ciptaan Allah swt. Subhanallah, sngt indah.
Doakan kita akan menemui MH370.InsyaAllah.

Friday, March 29, 2013

Dia yang bakal pergi

Dia yang telah berlalu


Dia
Insan yang bergelar rakan sekelas pada awalnya
kemudian bertukar menjadi kawan
dan berubah sebagai teman tapi mesra
Namun adakah akan berakhir sebagai kenalan...


Dia sentiasa berada dihati dan fikiranku
Namun, Dia sentiasa aku jauhi bila dia cuba untuk melepasi garisan itu
Dia y sentiasa tersenyum
Dia y sentiasa mengambil berat
Dia y sentiasa mengingatiku
Dia y sentiasa melindungiku


Maafkan aku
sekiranya aku pernah menyesakkan fikiran dan hatimu
maafkan aku
sekiranya aku pernah melukakan dan menghampakan hatimu
maafkan aku
sekiranya aku pernah letakkan harapan itu


Dia sahabatku
Dia kawanku
Dia kenalanku
Dia yang bakal meninggalkan aku
Bersama-sama kenangan dan perasaan itu.
Sepertimana yang lain-lain..:)



Cuti

kenapa ada orang memilih untuk tidak meluangkan masa bersama-sama keluarga terutama ibu dan ayah apabila mereka mempunyai kelapangan dan peluang. Lebih sanggup bercuti berseorangan. i wonder???

tapi sebenarnya banyak sebab, maklumla sekarang kebanyakkan ibu bapa sangat sibuk, adik beradik dan yang lain2 juga. tapi mungkin mereka sentiasa berhubung.

tapi aku berlainan, memang kami berhubung, tetapi selalunya apabila ada sesuatu y penting untuk berbicara bukannya setakat bertanya kabar. yang selalu kami hubungi untuk bertanya kabar adalah ma kami, kerana beliau seorang yang kami perlu hubungi sentiasa, beliau adalah jambatan perhubung yang menghubungkan seluruh keluarga kami tidak kiralah dipihak mana. sekiranya menghubungi beliau segala berita dan cerita akan kami ketahui.

tidak menhubungi antara satu sama lain bukanlah kerana kami tidak mengambil berat atau tidak menyayangi. tetapi seperti ada satu kejanggalan di situ untuk sentiasa berhubung. Entah la kalau ini cuma perasaanku.

tapi yang pasti setiap kali aku berpeluang untuk bercuti, pastilah kedua ibu bapa ku yang akan aku ziarahi. Aku pasti akan pulang, paling lama aku tidak pulang mungkin 3 bulan dan kepulangan aku pastinya lama sekali. tapi pernah sekali aku tidak pulang hampir 6 bulan, alasan yang ku berikan sibuk, bnyk kerja tapi yang sebenarnya aku merajuk dan aku cuba untuk berpegang pada kataku untuk tidak pulang. ketika itu ada krisis yang sngat besar antara aku, abangku dan kak longku. memang aku jenis yang kuat merajuk,dan selalunya ia akan berlalu selepas beberapa hari, tapi kali itu memang aku benar2 merajuk. tapi malangnya selama 6 bulan itu aku terasa sangat bersalah.tiada siapa memujuk tetapi perasaan itu aku tidak boleh sembunyikan apabila aku bebicara tentang keluarga, dan apabila ma menhubungiku dan bertanya adakah aku tidak dapat balik.Tapi aku rasa terpujuk pabila secara tidak sengaja aku terjumpa seorang kaunselor semasa pertandingan, saja ingin mengenali personalitidan kerana itu rahsia aku diketahui olehnya,dan aku sedar tak kemana pun rajukku itu..dan bermula dari itu aku sedar merekalah segala2nya bagiku. walau macammana x suka atau benci sekalipun mereka adalah aku..membuang mereka umpama aku memotong mana2 bahagian dari badanku...sakit sekali...

dan pabila ada cuti yang lama sebegini, dan kampung halaman yang dekat, tapi tak pulang,,,memang menimbulkan pertanyaan, kalau sebab x de duit, boleh pulak bercuti ke tempat lain,malah semalam pulak, ada masalah ke?x kan saja2 kan?mcm ak lain la...fikir la bnyk kali untuk pulang, dengan deadline yang nk kena kejar, ngan perasaan malas yang sering kali mengacau tumpuan dan idup, dengan jauhnya perjalanan...dengan activiti2 y akan mengoda aku untuk berada lebih lama di sana...terpaksa la aku berkorban daripada terkorban kan....maklumla setakat seminggu mana la cukup bagiku..terutama tahun ini..keinginan untuk bermanja2 di rumah memang membuak2..uncontrollable...BAHAYA!!

Keliru

Kenapa aku teringatkannya
Kenapa dia muncul dalam setiap ruang otakku
Kenapa dia hadir dalam mimpiku
Sungguh mengerikan

Dan sepanjang hari aku kebingungan
apakah perasaanku yang sebenarnya pada dia
atau ini hanya terpengaruh dengan Zuha
Ya Zuha..
yang menolak cinta Pak cik Wassim
yang merasa bersalah
yang merasa sedih


tapi keadaan aku berbeza
dia tak pernah meluahkan
cuma matanya
membayangkan cinta
perilakunya
mencorakkan cinta
walaupun aku tidak pernah bercinta
tapi aku bukanlah budak mentah
yang tidak memahaminya

atau ini hanyalah perasaan takut
kerana dia adalah lelaki baik
yang paling akrab dengan ku
yang istimewa di hatiku....sebagai teman....