The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Friday, March 29, 2013

Aku dan Topengku

perlukah wanita atau gadis mempunyai etika kod berpakaian yang berbeza-beza untuk situasi tempat yang berbeza?

aku mengerti sekiranya sesesorang itu mempunyai identiti yang berbeza, maksudku dirumah, ditempat kerja dan uga bersama kawan atau kekasih.mereka mempunyai sifat yang berlainan. tetapi perlukah mereka berpakaian yang berbeza?maksudku berbaju kurung hanya untuk kerja atau kuliah, kemudian berpakaian yang agak berfesyen apabila keluar berlibur bersama-sama rakan2, dan ada baju untuk acara-acara tertentu dan lebih ketara apabila pulang ke kampung untuk bersama-sama keluarga.

dulu aku pernah ada kawan sebegini (sekarang pun masih berkawan cuma jarang bertanya kabar kerana masing2 ada kehidupan masing2), ada baju untuk ke lab, keluar shopping, bersama kekasih, kerja, sampai kekadang sanggup meminjam hanya kerana tidak mahu identitinya ditukar.aku sebenarnya hairan, tapi sebenarnya ma aku juga begitu, cuma sebabnya adalah berlainan. sebab ibuku sama dengan sifatku. tapi mereka berbeza.macam mana untuk aku gambarkan dengan kata2 (ini adalah kerana aku tidak pandai mengambarkan situasi)

dan semenjak 3 menjak ini, sekali lagi aku berjumpa dengan orang sebegini malah sebenarnya perangai ini ada dalam setiap jiwa perempuan. jadi betullah wanita ini makluk yang kompleks. suatu masa dia boleh menjd sngat selekeh dan suatu masa dia amat kemas dan cantik.kalau aku pun terkeliru apatah lagi lelaki.Dan aku...

bagiku pakaian ku memang tidak jauh beza antara kerja, lab atau kemana2, yang penting adalah tujuan. Sekiranya aku mahu ke lab dan membuat kerja2 ofis dan perlu berurusan dengan ofis tentu sekali aku akan berpakaian semi formal dan sebenarnya ini adalah pakaian ku disetiap masa. cuma kekdg ketika aku ingin menjalankan exp aku akan berpakaian selekeh sedikit kerana aku amat menyayangi pakaianku (tapi itu bnyak yang rosak kerana kekadang aku terpaksa menolong orang tanpa dirancang, oleh itu aku jarang sekali memakai baju2 kurungku atau kebaya kesayanganku kerana takut rosak), tetapi aku juga kekdang berpakaian mengikut mood aku...saja....

tapi itulah aku, pakaian itu adalah diriku, topeng kepada kelemahanku, perisai kepada anasir2 jahat. sekiranya mood aku ari ni adalah untuk menjadi gadis yang ayu tentu sekali aku akan bergaya dan selalu aku akan mendapat pujian, maklumla selalunya aku berpakaian biasa2 sj.. tp ada juga sangat selekeh...berpakainnya seperti mana aku lepak dirumah bersenang lenang t-shirt dan jeans,cuma mungkin akan ada jaket sebagai penyelamat. ini juga yang aku lakukan bila bersama keluargaku... cma kebrutalan aku dalam berpakaian itu sj aku control sikit, sbb masyarat mungkin kurang senang...kerana itu aku hanya selesa dengan kemeja kosong dan jean...walaupun hakikatnya aku mempunyai bnyk identiti...tapi terpulang pada mood dan tujuan...jadi aku rasa aneh dan pelik kenapa perlu ada etika berpakaian begitu...seolah-olah tidak berbaloi untuk menghabiskan berpuluh2 ringgit hanya untuk dipakai sekali sekala...dan aku sngat berbangga dengan pakaianku...berbaloi2...jaker RM15 aku telah aku pakai sejak 5 tahun yang lalu...begitu juga dengan y lain2...smpi terkoyak...malah sekiranya aku mampu ku tampal akan ku tampal dan jadikannya sebagai fesyen yang baru...walaupun terselit rasa kurang yakin disitu...tapi aku suka....sebab itulah aku..dan pakaianku ada kenangannya sendiri...indah dan manis untuk dibuang.

Sakit Hati

Bila mengingatkan orang-orang disekeliling selalu sahaja mementingkan diri
ku cuba juga untuk diri ini berkelakuan begitu
tapi
kenapa kepentingan sejagat juga yang aku titik beratkan
Aduh!!
Sakitnya rasa hati ini
Ya Allah...
Kau kuatkanlah hati dan jiwaku
dari hasutan syaitan yang durjana itu....

Tuesday, March 26, 2013

6 tahun bergelar pelajar lanjutan

pejam celik
menangis ketawa
hilang timbul
orang yang silih berganti
tanpa sedar
6 tahun sudah aku bergelar pelajar lanjutan
masa yang sangat lama
patutla kalau apa2
orang suka rujuk padaku
memang sudah sepatutnya

kematangan aku teruji tahun lalu
semasa terpaksa menyelia pelajar PSM
ini mungkin batch yang ke 7 kot
aku terhandle
cuma membezakan batch ni dan batch lain adalah
seolah-olah aku penyelia utama
yang mereka sepatutnya rujuk selalu
dari A sampai Z
Cuma part memberikan markah sahaja bukan kuasa ku
batch ni dan batch pertama aku jd pelajar lanjutan
yang paling aku ingat
kerana aku terpaksa bermandi peluh
batch lain
x sngt
pndi2 bawa diri
ataupun aku tak terlibat secara langsung
tapi tegur juga bila ada benda yang x berkenan kat mata ni
x kira la pelajar sapa
dah masuk lab ni kena la ikut undang2
tapi sejak begelar pelajar lanjutan tinggi ni
beban makin bertambah
bukan hanya budak PSM
budak mix mode pun kekadang aku yang terpaksa tolong
dah jadi macam tecnicien pun ada
pegawai penyelidik tu x payah nak crite
macam-macam dh aku belajar
yang belum cuma belajar macam mn nk berhibur ja x reti2...
tapi ak tetap bahagia...:)

Thursday, March 21, 2013

Jemputan :(

Jemputan pertama:

Bulan ini ada jemputan untuk pertemuan semula pelajar-pelajar SKK tahun 2008 (yang sebenarnya telah berlalu minggu lepas). Aku  tidak menghadirinya. Noktah. Alasan; sibuk (Ya  kerana itu adalah alasan yang paling bersopan untuk didengari oleh pihak yang menjemput). Perasaan: terlalu ingin menghadirinya, tapi keberanian untuk bertemu rakan-rakan itu tidak cukup kuat, biarlah kalau ada yang mengatakan aku terlalu dramatik kerana berperasaan begitu, tapi itu yang ku rasa, jiwaku tidak cukup kuat untuk menghadapi mereka yang pernah sekelas denganku dulu bersama-sama teman masing-masing yang sememangnya aku tidak kenali.

Jemputan kedua:

Minggu ini ada majlis perkahwinan rakan sekelasku semasa di sekolah rendah hingga menengah, sepatutnya hampir 10 tahun aku mengenalinya (3 1/2 sek ren + 5 Sek Men + 1 Matrik). Memang aku telah mengetahui tentang majlisnya awal lagi, bulan lalu, tapi baru dijemput secara rasminya minggu lepas oleh empunya badan. Sedih :). Dan sebenarnya aku terasa seperti mahu merajuk (tak mau la pulang). Tapi semakin dekat dengan harinya, hati ini tetap membuak-buak mahu pulang untuk merainya. Namun, aku ada komitmen yang tidak la berapa penting pun kat sini, yang mengikat langkahku untuk teruskan rasa hati. Entah ada rezeki atau tak untuk ku pulang, kerana masa yang singkat dan perjalanan yang jauh. Ahh...ini lah yang membuatkan aku tidak menyukai berada di perantauan yang serba salah begini.....Dekat tapi Jauh...

Jemputan ketiga:

Minggu ini, sehari sebelum kenduri rakanku itu, aku ada majlis keraian bersama-sama adik-adikku disini, inilah yang mengikat hatiku untuk pulang, bisa saja aku tangguhkan majlis ni, tapi sekiranya aku tangguhkan maksudnya lama lagilah untuk aku memegang amanah itu, Dan adakah kesempatan yang lain lagi? Ahh...dilema- dilema...lagipun kesian adik-adikku, telah beberapa kali ditangguhkan...

Jadi bagaimana?

mood: Sangat dengki dengan rakan yang tahu bagaimana untuk bersuka-ria...dan menikmati kebahagiaan yang tercipta untuk mereka. (..tergiang2 di otakku....Bawa aku pergi...pacu laju-laju...kita lari dari realiti...)

 

Tuesday, February 26, 2013

2012 yang ditinggalkan...


2012 telah hampir 2 bulan berlalu, tapi aku masih belum dapat menerima secara sedar bahawa ia telah berlalu. Sering saja aku tersilap hitung tahun lalu adalah 2011, hanya beberapa hari ini aku mulai waras dan mampu menerima hakikat 2012 telah berlalu. Dan kini aku berada di tahun 2013.

kenapa ini berlaku?

2012 mengandungi banyak sejarah yang aku cipta, pertama kali menaiki kapal terbang, berada di 3 negara dalam satu hari, mengondoli pingat emas dalam pertandingan peringkat international, melepasi ujian pertama yang sangat penting bagi pelajar phD dan pertama kali mendapat ucapan ulangtahun kelahiran daripada insan  yang menyayangi aku sepenuh hati tanpa mengharapkan balasan kecuali yang baik2 saja untukku. Tetapi kenapa aku seolah2 melalui tanpa menyedari BILA?Sedangkan proses yang ku lalui amat sukar dan berliku. Ahh, biarlah aku melupai tarikhnya asalkan aku tidak melupai kenangan itu, perasaan aku ketika melalui detik-detik yang terindah itu, insan yang menemani aku melaluinya dengan jayanya.

Selain kenangan itu, aku juga tidak akan melupakan kenangan2 lain yang pahit utk ku ceritakan, bersendirian, menangis, melawan rasa takut itu, melawan perkataan mustahil, dan menelannya seorang diri. Biarlah kenangan itu aku bisa tanam sedalam2 dalamnya di sudut yang paling dalam dihatiku. Agar aku bisa sembuh, gembira dan bahagia. Agar kenangan itu bisa kekal menjadi dongeng, tauladan dan pedoman. (kerana sejarah mungkin berulangkan...heee..:))

jadi itulah 2012 yang telah aku tinggalkan...duhai hati, duhai jiwa, duhai akal, terimalah hakikat ini..sesungguhkan masa yang berlalu itu sangat berharga seperti mana masa yang ada juga masa hadapan...hargailah..kerana ia takkan mampu berulang, walau sedetik pun dan juga takkan pernah terlebih walaupun sedetik..