The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Thursday, January 17, 2013

LISTEN...LISTEN...

semalam rakan se makmalku menunjukkan satu video, maklum la dah beberapa hari aku tidak berkesempatan untuk mengikuti dunia semasa, jadi aku kebluran...apa isunya..psl ptptn ke? hatiku tertanya...

biasala kalau dah berkenaan politik..memang gaya macam perbahasan la...tgh sedap2 orang tu berhujah..tiba2 seorang lagi menyampuk..Listen..listen...dan penghujah tu pun wat x tau la..terus berhujah..kemudian seorang lagi tu merampas mikrofon..itu la kisahnya yang dijadikan isu...lawak2...itu pun nk dijadikan isu...memang Malaysia sekarang dah kurang idea...kalau isu psl kandungan yang diutarakan aku boleh lagi terima walaupun macam x logik ja nk minta pengajian free, sebab aku tgk sekarang ni pelajar semua mewah2 ja..x de pun yang kena keje part time atau apa..majoriti pakai kereta...kereta baru pulak tu..malah boleh lagi enjoy2 dan bermewah2...jadi apa relevennya nak yuran free...soal pinjaman..dah namanya pinjam..harus la dibayar...malah aku rasa kerajaan sekarang banyak rugi kerana mereka terpaksa menanggung pelajar antarabangsa hanya kerana untuk meletakkan universiti2 kita di ranking dunia. aku tidak salahkan kerajaan dalam hal ini kerana kerajaan kita sangat bermurah hati, (inilah hakikat orang malaysia yang harus diterima), yang menjadi masalah adalah rakyat Malaysia yang tidak mahu mengambil peluang yang diberikan oleh kerajaan kita. Kenapa? kerana cukuplah mereka mampu bekerja, memperoleh gaji secukupnya dan x kuasa nak belajar lagi la....(sifat cukuplah yang ada pada masyarakat kita inilah yang seharusnya kita utarakan). Inilah yang cuba diterapkan oleh Tun M. Inilah yanf cuba dididik oleh Tun M..

dan aku terbaca lagi satu isu, Tun M memberikan ic kepada warga asing. Ok. mungkin kedengaran agak teruk, tapi adakah pengomen2 yang ramai itu mengkaji sebab2, bagaimana, kenapa, undang2 mana yang dia ikut, benarkah undang2 itu ada? siapa lagi yang terlibat, adakah memberikan ic itu hanya untuk mengundi atau bagaimana...kita yang generasi smart phone ni patutnya balik study betul2 dulu sebelum nak mengomen lebih2...sbb bagi aku..kita tidak tahu apa yanga sebenarnya berlaku pada masa itu...tau2...KLCC dan KL tower dh terpacak....tau tau...masa di semenanjung dan malaysia timur dah disamakan...tau tau...tragedi 13 mei telah berlaku..impactnya besar mana, puncanya kenapa adakah kita pasti?..tau-tau..kita jadi tuan rumah sukan komanwel....buku sek sume ada lambang sukan tu...tau2 kita kena kejar wawasan 2020...entah apa ke nama ntah...wawasan 2020 tu..tau tau Malaysia dah berupaya menghasilkan kereta sendiri...jadi...apa yang kita benar2 pasti sebenarnya..adakah hanya kerana ibu bapa kita penyokong Tun M...atau penyokong pembangkang? Macam mana dari UMNO jadi Barisan Nasional, Muncul pulak semangat 46 (hijau kuning)..Siapa itu Ku' Li? aku tidak pasti secara detailnya, walaupun hakikatnya aku berasal dari daerah itu... hanya kini baru ku tahu, setelah aku mengkaji sejarahnya...namun aku tetap tidak pasti aku sokong siapa kerana kerajaan sekarang penerajunya telah berubah....


Monday, January 14, 2013

working hard again!!!

2 week full i have manage to reorganize my working environment, being more comfortable and nice to see and spend the time there. And today, i have come to lab since 7 am until now still not going back yet. Very hardworking girl right?


working hard and play smart this is my motto. why?? because when i don't have anything to do i feel bad and depress.. really...i had feel it last year..focus only 1 thing...but the truly is i am cannot do it...my mind keep trying to make me do anything that not related to each other....therefore i had to make sure my working environment don't disturb my focus to work hard...then....i can play around...hoho...

Thursday, January 10, 2013

ini kisah semalam

ini kisah semalam



Mimpi yang aneh tapi indah. Siapa lelaki itu? Wajahnya memang tidak kelihatan. Tetapi auranya seperti familiar. Tidak terlalu mesra tetapi tetap terasa aura cinta itu. Perasaan itu indah walaupun seperti redha aja aku menerimanya.

Mr Hong dan prof tersayang tetap hadir, sungguh merosakkan mimpi itu. Malah yang lebih teruk, Aura2 yang tidak disukai, datang dan tidak mampu dihalang. Menimbulkan amarah. Dan bunyi deringan NOTE tepat kul 6 pagi mengejutkan dan menyelamatkan aku dari stress yang panjang sepanjang hari ini.

2 minit tazkirah


Dalam sibuk2 mengemas ditemani siaran radio dari Note, free2 aku dapat motivasi dalam mencari kebenaran dan kebahagiaan untuk diri sendiri. 2 minit y berharga,Tajuknya aku x pasti tp berkenaan manusia dan kata2. KATA ustaz tu (namanya ak tidak ketahui), apa yang penting ialah pilihan, kita pilih untuk melaksanakan atau mengabaikannya. Dan kesan setiap pilihan pula kita yang menanggungnya. Jadi pilihlah dengan bijak iaitu mengunakan akal dan ilmu, bukan hanya berdasarkan hati semata-mata.  Selain itu, terselit juga tentang kita menilai diri sendiri. Untuk menilai diri sendiri, kita perlu melihat orang lain, bukan hanya yang lebih teruk dari kita, juga yang lebih baik dari kita, mencermin diri sendiri dengan meletakkan skala berdasarkan pandangan kita. Jadi kita yang memilih skala itu dan itu adalah PILIHAN kita.

Sebenarnya, beberapa hari atau minggu yang lalu, aku asyik bertanya kenapa orang itu berpakaian ketat, menampakkan segala lengkuk badannya. Sebelum ni memang aku ada berkawan dengan orang yang berpakaian ketat, tapi masih lagi aku menerimanya kerana ia tidaklah menampakkan segala lekuk badan malah kelihatan cantik. Ini pula tak, dah la ketat, x cantik pula tu, ntah dimana mereka melihatnya cantik dan menawan, hanya satu sahaja perkataan yang sesuai seksi nk mampus. Bertudung, itu y menyebabkan aku lebih tertanya-tanya.Ini aku yang perempuan yang melihat boleh terfikir apatah lagi jika lelaki yang melihatnya. Kesian betul dengan lelaki zaman sekarang, mereka cuba sedaya upaya untuk menjadi baik, tapi benda dah terhidang depan mata, tak perlu bayar pun, silap ayat  boleh dapat free. Dan aku fahamlah kenapa lelaki sangat terasa janggal untuk bercakap dan berkawan dengan aku. Hakikatnya aku tidaklah alim atau warak atau juga bertudung besar labuh dan seumpamanya. Aku hanya gadis yang biasa, sentiasa berseluar jeans, malah boleh dikatakan 24j, hanya kekadang sahaja berbaju kurung, malah rakan2ku akan dapat meneka pasti aku dari sesuatu majlis atau program yang memerlukan berpakaian formal sekiranya aku memakai baju kurung atau kebaya.Dengan shawlnya yang nipis. Pastilah aku tipikal gadis2 biasa.Malah aku juga mempunyai bentuk tubuh yang normal yang diidamkan oleh ramai wanita dan gadis (ini hakikat ya, aku juga baru dapat menerima hakikat ini).Tapi disebabkan, ibuku (ma) sangat2 suka menegur sekiranya artis2 atau remaja2 berpakaian ketat begitu menyebabkan aku berhati2 dalam memilih  cara pemakaianku dari dulu sampai sekarang. Ini adalah kerana kritikanya sangat2 menusuk jantung, boleh terkedu, terkaku disitu, kalu boleh bersembunyi memang akan bersembunyi. Tapi oleh  disebabkan aku terlalu biasa maka krititikan itu Cuma dijadikan sebagai skala pengukuran bagiku agar jangan berpakaian begitu.  Namun, bila pemerhatian itu aku alami sendiri, maka aku tidak salahkan ma berfikiran begitu, kerana beliau lebih arif akan sifat lelaki. Apa yang beliau fikirkan adalah untuk kebaikan semua. Maka secara kesimpulannya, aku kini lebih berhati agar tidak kelihatan begitu mengiurkan untuk lelaki, cukuplah sekadar bersederhana.  Selain itu, satu persoalan yang lebih berat untuk kita fikirkan bersama, sekiranya ramai wanita atau gadis yang berpakaian seksi nk mampus itu dalam generasi kini, bagaimana kita ingin melahirkan generasi yang lebih baik pada masa akan datang. Ingatlah wahai wanita atau gadis, anda adalah insan yang paling mulia yang dianugerahkan Allah s.w.t  di dunia ini, yang mampu melahirkan umatNya, malah diberikan tugas yang berat untuk membimbing zuriat anda untuk beriman kepadaNya, cukupkah dengan ijazah yang anda miliki atau pemikiran sekular anda atau wang dan harta yang bakal anda miliki. Akhir kata, TERIMA KASIH ALLAH SWT kerana lahirkan aku dari rahim ibu yang sangat aku kagumi, yang telah mendidik aku sebaik-baik yang termampu olehnya, dengan membekalkan aku ilmu dunia dan akhirat, yang mendidik jiwa dan mindaku tentang zat2 MU, yang sentiasa mengharapkan aku menjadi umatMu yang taat dan solehah, yang sentiasa mendoakan aku agar tetap dijalanmu, yang sentiasa melindungi aku daripada tersesat dari jalanMu dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besarnya. Alhamdullilah. Dan aku berharap agar aku mampu menjadi yang lebih baik untuk zuriatku Ya Allah..InsyaAllah.....