The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Tuesday, May 11, 2010

HARI IBU VS HARI JADI


tahun ni, ari ibu sedunia betul2 jatuh pada birthday ma aku y ke 51. sudah lebih separuh abad beliau menjalani kehidupan ini dan sudah hampir 30thn beliau bergelar "ma" untuk 6 orang cahaya matanya, dan kini telah lebih sebulan beliau bergelar nenek pada cucu tunggalnya. Telah banyak keringat bakti dan air matanya tumpah kerana melayan karenah anak2nya yg bermacam ragam dari alam rahim sehingga sekarang, dan mungkin smpi bila2. MA cumalah suri rumahtangga sepenuh masa yg sentiasa menjaga makan pakai anak2 dan suaminya, yang membuat rumah kami riuh rendah dengan bebelannya namun beliau sngt aku kagumi. Dan aku sangat2 bersyukur kerana aku mempunyai ibu seperti Ma. Ma suka membebel...sangat2...segala-galanya boleh memjadi modal untuk bebelannya...dr bunyi kokokan ayam dirumah sebelah hinggalah deruan angin dihujung jalan. semuanya..walaupun mata tertutup (tido) telinganya pantang dgr bunyi yg mengganggu, pastinya mulutnya akan berbunyi. tp itu dulu, masa beliau kelelahan menjaga 5 anaknya yg sedang membesar (sorang lg masih belum wujud). tp kini beliau sudah kurang membebel, mungkin kerana kami semua berada di rantau orang.Atau mungkin kerana kami sudah mampu berdiri sendiri, dan mampu berfikir yg mana betul dan salah. Apa apa pun, kekadang aku merindui bebelannya y bnyk mengajar aku akan erti hidup, macam mn nk bersosial, berpakaian, berfesyen, memilih makanan yg elok dan sedap. pastinya setiap kali aku mempunyai kekeliruan, bebelan Ma dulu2 tergiang2 difikiranku, yang membantu aku memilih yg terbaik. kini baru aku sedar bahawa ma bukan saja2 membebel tp ma sedang mengajar kami, anak2 yg disayangi dan dikasihinya.TERIMA KASIH Ma !!!!