The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Thursday, April 30, 2009

Maafkan aku

Adi. kemunculan dirimu dalam hidupku amat meresahkan. kenapa engkau muncul? kehadiran mu menyakitiku.aku sakit melihat senyumanmu adalah kerana insan lain, aku sakit melihat tawamu di depanku adalah kerana dia. Adi sampai bila aku harus bertahan, bertahan melihat senyum bahagiamu kerana insan lain.aku tak sanggup lagi untuk ketawa pahit..senyum tanpa gula, menangis dalam ketawa hanya kerana kebahagiaanmui. SuRina

Rina..apakah maksud kehadiran mu dalam hidupku. kau hadir tanpa ku sangka. walaupun sukar untuk aku mengakuinya, namun kehadiran kau amat bermakna dalam hidupku.engkau dapat memakbulkan pemintaan aku yang telah sekian lama aku impikan. SuharAdi

Adi aku mencintaimu,aku tidak sanggup kehilanganmu namun aku juga tidak sanggup berkongsi dirimu bersama insan lain. bolehkah aku terus mempercayai janji-janjimu? bolehkah aku terus menunggumu? akan kotakah janjimu padaku? MarDiah

Dia, dirimu amat ku cintai. padamu aku berjanji kita kan hidup bersama suatu hari nanti. percayailah aku. tanpa dirimu aku tidak tahu bagaimana harus aku menjalani hidup ini.SuharAdi

Wednesday, April 29, 2009

I fall in Love with this song...soooo sweettttt

Lucky –jason mraz (feat. Colbie Caillat)

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel
your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Friday, April 24, 2009

Panggil Aku Dahlia vs Tanah andriyana-Noor Suraya


panggil aku dahlia hasil karya penulisan yang aku minati agak mengecewakan aku walaupun ceritanya agak menarik. mungkin kerana idea kisah ini hampir sama dengan Tanah Andriyana dan yang membezakannya adalah cara pengolahannya. Pertembungan dua keluarga yang bermusuhan. Panggil aku Dahlia mengisahnya tentang seorang gadis yang bernama Puteri Dahlia, anak seorang usahawan teh yang mempunyai kisah silam yang menyedihkan dan bersama musuh tradisinya Wadi Hannan. mereka telah diasuh dari kecil untuk bermusuh tetapi akhirnya jatuh cinta dan seterusnya meleraikan permusuhan yang telah bergenerasi. Manakala karyanya, tanah andriyana. permusuhan berlaku disebabkan rasa cinta dan salah faham yang telah berkurun lamanya. Akibat dari salah faham yang berlaku hubungan persaudaraan yang terjalin telah putus. namun takdir Allah yang Maha Berkuasa, setelah beberapa lama, kisah cinta antara Raden Andriyana dan Ahmad Fitri yang terputus dijalin semula oleh cicit mereka iaitu Aliya dan Fitri Hadi. Setelah mereka berduka cita kerana mereka terpaksa melupakan cinta hanya kerana tentangan keluarga, kehadiran nenek Aliya mampu menyatukan mereka langsung merungkaikan salah faham yang berlaku dan menyatu dua buah keluarga yang sering bermusuhan.

Tuesday, April 21, 2009

ulasan novel camelia

selepas membaca novel ini, aku tertanya apa perbezaan SAYANG, KASIH dan CINTA. bagi seorang lelaki yang bernama Benji(watak lelaki utama dalam novel ini)..aku rasa dia keliru antara 3 perkara ini yang mana perlu diutamakan.

benji..seorang lelaki yang aneh. benji digambarkan seorang lelaki yang tampan dan romantik. dalam masa yang sama dia merupakan seorang lelaki yang baik dan mungkin tersangat baik tetapi dia juga tidak pasti dengan apa yang dilakukannya. Adakah dia mementingkan diri? emmmm...aku rasa tidak kerana dia tidak mengejar kebahagiaannya tetapi memberi kebahagiaan kepada orang yang dia sayangi, ibu dan adiknya.

tapi kenapa dia tidak berlaku adil dengan orang yang dicintainya dan menyintai dirinya.. kenapa dia sanggup melihat air mata Camelia daripada melihat hati ibunya dan adik angkatnya a.k.a. isteri pertamanya kecewa dan menangis.Kenapa terlalu sukar untuk dia menyampaikan rasa hati. adakah tamparan masa lalunya terlalu tragis (kematian kekasih ati yang tidak disukai oleh ibunya) sehingga dia sanggup diam membisu.

oh benji
bagaimanakah untuk memahami hati dikau
sukarnya untuk aku menelah
luahkanlah apa yang kau rasa, enkau fikirkan
usah pendamkan
tolong luahkan...kerana jika engkau enggan luahkan sekarang
pasti kau akan merana satu ari nanti.

FrienDs

unknown-angel
don't walk behine me, i may not lead
don't walk in front of me, i may not follow
just walk beside me and be my friend
Sallust-angel
to like and dislike the same things,
that is indeed true friendships

real live preacher-angel
when someone allows you to bear his burdens,
you have found deep friendships
aizabel parines-angel
i believe in angels,
the kind that heaven sends
i am surrounded by angels
but i call them friends
leeya myra-angel
hidup ini umpama gula-gula...
masam, manis dan kadangkala masin
Aristotle-angel
without friends no one would choose to live,
though he had all other goods
thomas jones-angel
friends may come and go
but enemies accumulate
hush elliot-angel
all people want is someone to listen
Jane-angel
frienships is certainly the finest balm for the pangs of disappointed love
Phami abdullah-angel
kasih, sayang,dan cinta adalah tiga perkara berbeza, ketiga-tiganya akan menjadi lebih bermakna apabila disatukan
Ice-T-angel
passion make the world go around love just make it a safer place
Iman Al-Ghazali
kebahagiaan terletak pada kemenangan melawan hawa nafsu dari kehendak yang berlebihan
Unknown-angel
tanpa keberanian, mimpi tak bermakna
Nana-angel
you,as always, my savior, my angel in disguise


Monday, April 20, 2009

MaSTeRJi: Kes 1(Jom heboh)

Yeee hah...degree dah abis....sekarang ni, aku panjat lagi satu anak tangga..MASTER beb!!! ramai orang salah sangka bila ada orang sambung belajar amek master bermaksud mereka nak jadi lecturer...Salah tu!! amek master bukan sbb nak jadi lecturer ja. banyak sebab lagi antaranya

1) tak bersedia nak kerja
2) kena paksa ngan mak ayah/lecturer/kawan-kawan.(tak sampai ati menolak permintaan mereka)
3) nak lari dari isu KAHWIN (bleh wat alasan belaja lagi)
4) Apa-apa aja alasan yang logik

so, untuk pengetahuan sume amek master tak semestinya nak jadi lecturer k...walaupun pada hakikat jadi lecturer memerlukan master.aku bukan nak crita pasal sebab kitaorang amek master tp nak crite pasal kehidupan kitaorang sepanjang bergelar masterji nih..

jadi,Berbalik pada cerita aku dan kawan-kawan kerajaan istana maya nih..kami semua ada alasan masing-masing kenapa amek master. walaupun ia adalah kehendak sendiri tapi faktor2 di atas adalah pemangkin kepada keputusan kami...malah tak seorang pun bercita-cita nak jadi lecturer.oleh itu kami memeang tak suka bila kawan2 mengagak kami akn jadi lecturer selepas ini....please jangan doakan kami begitu....doakan la kami berjaya dalam apa saja yang kami ceburi k.

pertengahan tahun yang lalu, kami mendaftarkan diri sebagai pelajar master kat sebuah universiti tempatan di selatan tanah air. universiti ini dikenali sebagai UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. keadaan masa pendaftaran berjalan seperti biasa cuma mungkin perasaan kami tidak seghairah semasa pendaftaran masa degree dlu.mungkin disebabkan kami memang dah amek degree kat cni dlu.so mak ayah tak join sekali nak anta kitaorang...sume dah kena buat sendiri by hook or by crook. ini juga menyebabkan masalah nak sesuaikan diri tak muncul la...jadi lepas ja kami daftar jadi masterji dan kolej, kami terpaksa hidup seperti pelarian disebabkan oleh barang-barang keperluan asas kami masih lagi di dalam stor...mmg sedey ar masa tu..tp kami bleh ja survive sebab kami selalu berfikiran positif.sementara menanti minggu kuliah bermula (pendaftaran 2 minggu lebih awal dari minggu kuliah)dan stor di bukak kami ada la plan nak jalan-jalan dan destinasi pertama kami adalah "Jom Heboh". kebetulan masa tu ada jom heboh kat "Danga Bay". memang kami excited nak pergi..malangnya kami ketiadaan kuda pada masa itu. kuda-kuda kami wat hal...kami hanya memerlukan 2 ekor kuda sahaja memandangkan hanya 4 orang sahaja yang mau pergi.Kuda hitam ku masih belum sampai2 lagi...dah beberapa kali aku hubungi courier yang menghantar kuda hitamku..dan sekarang harapan kami hanya pada kuda biru raja dan kuda putih permaisuri yang masih dalam perjalanan.

sehari sebelum ari Jom heboh itu, kami mendapat perkabaran yang baik iaitu kuda putih permaisuri sudah sampai..maka...harapan kami masih ada..jadi raja pun mula mengatur plan untuk program keesokkannya..

keesokannya, raja mengkabarkan bahawa kuda birunya perlu dibawa berubat kerana menghidapi selsema dan batuk-batuk sikit. langit mula kelihatan kelabu..seperti mana hati kami..nak dijadikan cerita lagi..ODW nak dibawa berubat, kuda biru itu mengalami serangan jantung yang amat hebat..maka bergegas la aku menghulurkan bantuan.alhamdullih, dengan mengunakan segala kepakaran yang ada pada aku, kuda itu boleh digerakkan walaupun dengan sangat berhati-hati dan berwaspada. nak panggil ambulan rasa tak berbaloi nnt kena cas lebih. dan aku dapat melihat awan hitam mula menyeliputi kami. maka kecewa la kami kerana tak dapat g jom heboh ketika itu.


walaubagaimanapun, kami tetap mengambil sikap positif.ada hikmahnya kami tak dapat pergi ke jom heboh..mungkin ALLAH mahu melindungi kami dari segal perbuatan maksiat atau kemalangan jalan raya yang mungkin berlaku. maka diam la kami di teratak maya. menghabiskan Ari-ari kami dengan perkara-perkara yang mengembirakan...seperti makan-makan dan jalan-jalan....huhu.


tapi yang paling aku tak puas ati adalah, 2 ari selepas insiden kami terlepas g jom heboh...pihak courier yang membawa kuda hitamku menghubungiku dan menyatakan bahawa sudah 2 minggu kuda hitamku berada di kandangnya di sini dan aku perlu membayar ganti rugi kepada mereka kerana mereka terpaksa memberi makan yang lebih kepada kuda hitamku.Aku apa lagi tak puas ati ar...dan dengan kadar yang segera aku pergi menjemput kuda hitamku..dan semuanya terbukti adalah silap mereka maka aku tidak perlu membayar ganti rugi..

itu la kes pertama yang mengecewakan kami. dan kesimpulannya, kami memang tidak ditakdirkan untuk pergi ke "Jom Heboh" kuang3.walau apapun, kami berjaya mengharungi detik itu dengan penuh rasa persahabatan.